ITTIHAD TULLAB LUGHAH ARABIAH

Thursday, September 27, 2012

Perbandingan Peribahasa



Maksud Peribahasa

Peribahasa merupakan gambaran dari nilai-nilai kebudayaan sesuatu bangsa, yang boleh kita temui keserupaan dari segi maknanya, meskipun dengan ungkapan yang berbeza. Perbezaan tersebut disebabkan oleh faktor kebudayaan. Hal ini merupakan bukti dari teori hubungan bahasa, bahawa makna sebuah kata terikat oleh lingkungan budaya dan bangsa tertentu. Berikut ini, adalah merupakan satu contoh amthâl (peribahasa Arab) yang memiliki kesamaan makna dengan peribahasa Melayu:

قبل الرماء تملأ الكنائن
(sebelum memanah, isi dulu tempat anak panah).

Hal ini sama seperti ungkapan peribahasa Melayu yang berbunyi: 
"Sediakan payung sebelum hujan"

Meskipun terdapat perbezaan lafaz dan kata-kata dalam kedua peribahasa tersebut. Namun, keduanya mengandungi persamaan dari segi maksud, iaitu: "Persiapkan segala sesuatu sebelum melakukan sesuatu kerja". Orang Arab menggunakan kata tempat anak panah dan memanah, kerana dipengaruhi oleh budaya mereka yang memiliki tradisi berperang pada zaman dahulu dengan menggunakan alat tersebut. Sedangkan dalam peribahasa Melayu digunakan kata hujan dan payung adalah kerana di Malaysia sering hujan.


0 comments:

Post a Comment

Email Facebook Translate Google Blogger Yahoo Login

 
SENTUHAN OLEH : MOHD DAHARUDIN BIN HAJI DAUD | KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH