ITTIHAD TULLAB LUGHAH ARABIAH

Sunday, September 30, 2012

Kalam Hikmah


Pepatah atau peribahasa Arab sebenarnya dapat membantu penguasaan kita dalam berbahasa Arab. Kata-kata atau tulisan tanpa dalil akan terasa tiada serinya, jadi perencah kalam itu ialah dengan memasukkan pepatah Arab selain kita berhujah dengan disertakan dalil-dalil dari Al-Quran, Hadis dan Syair. Antaranya:

1. إِنَّ العِلْمَ عَزِيزٌ، إِذَا أَعْطَيْتَهُ كُلَّكَ أَعْطَاكَ بَعْضَهُ وَ إِذَا أَعْطَيْتَهُ بَعْضَكَ لَمْ يَعْطِيكَ شَيْئاً


Sesungguhnya ilmu itu mulia. Jika kamu menyerahkan seluruh usahamu kepadanya, ia akan menyerahkan sebahagian dirinya kepadamu. Dan jika kamu hanya menyerahkan sedikit sahaja usahamu kepadanya, ia tidak akan menyerahkan dirinya langsung kepadamu

2. عَلَى قَدَّ لحافكَ مَدَّ رَجُلَيْكَ

Lunjurkanlah kakimu setakat yang mampu ditutupi selimutmu (yakni belanja sekadar keperluan)

3. القَرْدُ فِي عَيْنِ أُمِّهِ غَزَالٌ

Seekor monyet adalah seekor gazel (sejenis rusa kecil) di mata ibunya
nota : ( Gazel adalah haiwan yang cantik pada pandangan orang Arab )

4. النَّاسُ عَلَى دِينِ مُلُوكِهِمْ

Agama raja itulah agama rakyat

5. سَيِّدُ القَوْمِ خَادِمُهُمْ

Ketua sesuatu kaum adalah orang suruhan mereka

6. إِذَا كَانَ صَاحِبُكَ عَسْلاً لاَ تَلْحِسْهُ كُلَّهُ

Jika temanmu adalah madu, jangan jilat dia sama sekali

7. الشَّكَوَى سِلاَحُ الضُّعَفَاءِ 

Aduan adalah senjata orang lemah


8. مَنْ جَدَّ وَجَدَ
Sesiapa yang berusaha, dia yang mendapat hasilnya

9. مَنْ زَرَعَ حَصَدَ
Sesiapa yang menanam, dia yang menuai hasilnya

10. الوَقْتُ كَالسَّيْفِ
Masa itu bagaikan pedang

11. الجَارُ قَبْلَ الدَّارِ
Pilihlah jiran dahulu sebelum kediaman

12. العَقْلُ السَّلِيمُ فِي الجِسْمِ السَّلِيمِ
Minda yang sihat berada pada badan yang sihat

13. هِمَّةُ الرِّجَالِ تَهْدِمُ الجِبَالِ
Kemahuan lelaki dapat meruntuhkan gunung

1 comments:

gallahquijada said...

Lucky 15 Casino No Deposit Bonus Code - KTM Hub
Lucky 15 Casino has 안성 출장마사지 a great bonus. You can use 서울특별 출장안마 the bonus code MEGLUCKY15 on deposit 영주 출장마사지 or deposit. This is a fun casino bonus. 경기도 출장마사지 It gives you a 충청남도 출장마사지 big cash

Post a Comment

Email Facebook Translate Google Blogger Yahoo Login

 
SENTUHAN OLEH : MOHD DAHARUDIN BIN HAJI DAUD | KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH