Sunday, September 30, 2012
Contoh Peribahasa Arab - Melayu
Peribahasa arab / المثل العربي
إنَّ عليكَ جَرْشًا فَتَعَشَّه
Maksud & Penggunaan / معنى المثل واستخدامه
Jangan tergopoh gapah dalam melaksanakan sesuatu perkara
Padanan Peribahasa Melayu / المثل الملايوي المطابق
Biar lambat asal selamat
------------------------------
Peribahasa arab / المثل العربي
الحاجة تفتق الحيلة
Maksud & Penggunaan / معنى المثل واستخدامه
Kehendak yang kuat akan membawa kepada usaha yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.
Padanan Peribahasa Melayu / المثل الملايوي المطابق
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
--------------------------------
Peribahasa Arab / المثل العربي
جَزَاءُ سِنِمَّار
Maksud & Penggunaan / معنى المثل واستخدامه
Membantu orang yang tidak menghargai bantuan, malah orang yang membantu pula mendapat susah
Padanan Peribahasa Melayu / المثل الملايوي المطابق
Seperti melepaskan anjing tersepit
---------------------------------------
Peribahasa arab / المثل العربي
الصَّيْفَ ضَيَّعْتِ اللَبَنَ
Maksud & Penggunaan / معنى المثل واستخدامه
Benda belum jadi, dah lebih lebih
Padanan Peribahasa Melayu / المثل الملايوي المطابق
Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
--------------------------------
Peribahasa Arab / المثل العربي
من جد وجد
Maksud & Penggunaan / معنى المثل واستخدامه
Siapa berusaha lebih dia yang dapat
Padanan Peribahasa Melayu / المثل الملايوي المطابق
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
-----------------------------------------------
Peribahasa Arab / المثل العربي
إن المُنْبَتَّ لا أرضًا قَطَعَ ولا ظَهْرًا أَبْقَى
Maksud & Penggunaan / معنى المثل واستخدامه
Jangan kelam-kabut
Padanan Peribahasa Melayu / المثل الملايوي المطابق
Lebai malang
9 comments:
terima kasih atas perkongsian. kalau peribahasa "bagai cendawan tumbuh selepas hujan" dalam bahasa Arab apa yaa?
Sedikit², lama² menjadi bukit, apa bahasa arabnya?
Bila orang lupa diri,banyaklah bala menghampiri..(apa ya maksudnya)
Kalau peribahasa ringan sama dijinjing berat sama dipikul dalam arab mcm mna ye?
kalau untuk peribhasa "Hidup bagaikan roda, kadangkala di atas, kadang kala di bawah" dan "bagai katak dibawah tempurung" mcm mne yer.. boleh kongsikan
Tulisan arab melayu anjing menggonggong kafilah berlalu
Tulisan arab melayu anjing menggonggong kafilah berlalu
Tulisan arab melayu adat bisa karena biasa
Post a Comment