ITTIHAD TULLAB LUGHAH ARABIAH

Sunday, September 30, 2012

Kalam Hikmah

Pepatah atau peribahasa Arab sebenarnya dapat membantu penguasaan kita dalam berbahasa Arab. Kata-kata atau tulisan tanpa dalil akan terasa tiada serinya, jadi perencah kalam itu ialah dengan memasukkan pepatah Arab selain kita berhujah dengan disertakan dalil-dalil dari Al-Quran, Hadis dan Syair. Antaranya: 1. إِنَّ العِلْمَ عَزِيزٌ، إِذَا أَعْطَيْتَهُ كُلَّكَ أَعْطَاكَ بَعْضَهُ وَ إِذَا أَعْطَيْتَهُ بَعْضَكَ لَمْ يَعْطِيكَ شَيْئاً Sesungguhnya ilmu itu mulia. Jika kamu menyerahkan seluruh usahamu kepadanya, ia akan menyerahkan sebahagian dirinya kepadamu. Dan jika kamu hanya menyerahkan sedikit sahaja usahamu kepadanya, ia tidak akan menyerahkan dirinya langsung kepadamu 2. عَلَى قَدَّ لحافكَ مَدَّ رَجُلَيْكَ Lunjurkanlah...

Contoh Peribahasa Arab - Melayu

Peribahasa arab / المثل العربي إنَّ عليكَ جَرْشًا فَتَعَشَّه Maksud & Penggunaan / معنى المثل واستخدامه Jangan tergopoh gapah dalam melaksanakan sesuatu perkara Padanan Peribahasa Melayu / المثل الملايوي المطابق Biar lambat asal selamat ------------------------------ Peribahasa arab / المثل العربي الحاجة تفتق الحيلة Maksud & Penggunaan / معنى المثل واستخدامه Kehendak yang kuat akan membawa kepada usaha yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Padanan Peribahasa Melayu / المثل الملايوي المطابق Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih -------------------------------- Peribahasa Arab / المثل العربي جَزَاءُ سِنِمَّار Maksud & Penggunaan / معنى المثل واستخدامه Membantu orang yang...

Video Peribahasa Arab

Peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya sesuatu bangsa...

Thursday, September 27, 2012

Perbandingan Peribahasa

Maksud Peribahasa Peribahasa merupakan gambaran dari nilai-nilai kebudayaan sesuatu bangsa, yang boleh kita temui keserupaan dari segi maknanya, meskipun dengan ungkapan yang berbeza. Perbezaan tersebut disebabkan oleh faktor kebudayaan. Hal ini merupakan bukti dari teori hubungan bahasa, bahawa makna sebuah kata terikat oleh lingkungan budaya dan bangsa tertentu. Berikut ini, adalah merupakan satu contoh amthâl (peribahasa Arab) yang memiliki kesamaan makna dengan peribahasa Melayu: قبل الرماء تملأ الكنائن (sebelum memanah, isi dulu tempat anak panah). Hal ini sama seperti ungkapan peribahasa Melayu yang berbunyi:  "Sediakan payung sebelum hujan" Meskipun terdapat perbezaan lafaz dan kata-kata...

Wednesday, September 26, 2012

Koleksi Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa Dan Maksud

Koleksi Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa Dan Maksud 1.      Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh. 2.      Yang lama dikelek, yang baharu didukung Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baru. 3.      Seperti lembu dicucuk hidung Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang 4.      Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh. 5.      Bagai kaca terhempas ke batu Maksud : Sangat sedih atau kecewa. 6.      Bulat air...

Amthal Arab

كأنّك تضرِبُ حديدًا باردًا Seolah-olah kamu menempa besi yang sejuk Sepertimana peribahasa Melayu mengatakan : Menuang air di atas daun keladi Pengajaran ;   Membuat sesuatu tidak ada kesannya...

Email Facebook Translate Google Blogger Yahoo Login

 
SENTUHAN OLEH : MOHD DAHARUDIN BIN HAJI DAUD | KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH